Tuan/Puan,
Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang telah sediakan satu laman web rasmi untuk permohonan tauliah pemimpin secara dalam talian (online).
Pihak tuan/puan diminta untuk memohon tauliah secara dalam talian mengikut kategori-kategori berikut:-
| Kategori | Tauliah Pemimpin |
|---|---|
| Jenis Tauliah | Pemimpin Kumpulan |
| Pemimpin Unit (Lebah / Kanak-kanak / Muda / Remaja / Kelana) | |
| Penolong Pemimpin Unit (Lebah / Kanak-kanak / Muda / Remaja / Kelana) |
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.