• Home
  • 25th World Scout Jamboree

25th World Scout Jamboree

LAMAN SESAWANG KHAS MAKLUMAT JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KE-25 (25TH WORLD SCOUT JAMBOREE)

LAMAN SESAWANG INI DIADAKAN ADALAH INISIATIF PPMNPP UNTUK MEMBERI MAKLUMAT KEPADA AHLI, DAN PENYEDIAAN PERMOHONAN  KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KE-25. MAKLUMAT DAN PERMOHONAN BERSEPADU PERINGKAT NEGERI AKAN DILAKSANAKAN MENERUSI PORTAL INI.

Nota: Segala pengumuman mukhtamad sila rujuk ke laman sesawang rasmi 25th World Scout Jamboree http://www.2023wsjkorea.org/. Laman ini hanya memberi pendedahan Jambori Pengakap Sedunia untuk Ahli-ahli PPMNPP, dan membantu dalam permohonan penyertaan ke WSJ nanti.


 


Countdown to 25th World Scout Jamboree, Saemangeum, South Korea

 


Apa Itu Jambori Pengakap Sedunia (World Scout Jamboree)?

Jambori Pengakap Sedunia adalah satu acara besar-besaran Pengakap untuk remaja, anjuran Pergerakan Pengakap Seduna (World Organization of The Scout Movement – WOSM), yang dihadiri Pengakap dari semua pelusuk dunia, dan kiraan lebih daripada puluh ribu setiap kali.

Jambori Pengakap Sedunia diadakan bergilir-gilir oleh Tuan Rumah berbeza negara, setiap 4 Tahun. Jambori ini bertujuan menyatukan remaja sedunia, dan memperkenalkan keamanan, kesefahaman, dan membangunakan kepemimpinan serta kemahiran hidup. Pengalaman sedemikian adalah amat berharga dalam membina jati diri seorang remaja.

Sepanjang Jambori ini, peserta remaja berpeluang menjalani kehidupan harian dengan kawan baru yang berasal dari pelbagai negara, berkongsi pengalaman, dan menjalani pelbagai aktiviti-aktiviti mencabar dan bertema, yand disediakan oleh pihak penganjur.

 

Siapa boleh hadir Jambori Pengakap Sedunia (Who attends the World Scout Jamboree)

  • Peserta Jambori  (Youth Participant) - Ahli Pengakap Muda / Remaja pada tahun semasa berusia antara 14 - 17 Tahun (Tidak melebihi 18 Tahun)
  • Pemimpin Dewasa
    • Kakitangan / Pasukan Perkhidmatan Antarabangsa (International Service Team / Staff)
    • Pemimpin Unit (Unit Leader)
    • Pasukan Pengurusan Kontinjen (Contingent Management Team)

 

Jambori Pengakap Sedunia ke-25 (25th World Scout Jamboree)

Logo Rasmi

Tuan Rumah Jambori Pengakap Sedunia ke-25 (Host of 25th World Scout Jamboree)

 Word Scout Conference pada 2017 telah menerima undian kepada Korea Scout Associaion (KSA) sebagai tuan rumah untuk Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 pada tahun 2023. Ini adalah kali kedua buat KSA menjadi tuan rumah untuk Jambori Pengakap Sedunia.

 

Di mana Lokasi Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 (Where is the 25th World Scout Jamboree's Site?)

Saemangeum, Jeollabuk-Do, Korea Selatan
https://goo.gl/maps/mzoF2euFwEvqkg456
Koordinat: 35°42'29.7"N 126°35'04.9"E (35.708259, 126.584695)

 

 

Bila Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 (When is the 25th World Scout Jamboree?)

 Tarikh Rasmi: 1hb Ogos 2023 (Selasa) – 12hb Ogos 2023 (Sabtu)

 

Macam mana boleh saya terlibat / menyertai (How can I participate in coming 25th World Scout Jamboree?)

Ringkasan Langkah-langkah

 

Kriteria Permohonan Penyertaan

Kriteria Umum

  1. Ahli pengakap yang berdaftar dan mempunyai Kad Keahlian Tahunan, dan akan melakukan pendaftaran serta mempunyai Kad Keahlian Tahun pada tahun semasa (tahun 2023)
  2. Mampu menampung yuran dan perbelanjaan sebelum, semasa, dan selepas Jambori.
  3. Dapat meluangkan diri menghadiri bagi tempoh 1hb Ogos 2023 sehingga 12hb Ogos 2023
    1. Bagi Pelajar dan Guru Bertugas, Persekutuan Pengakap Malaysia akan membantu memohon surat pelepasan daripada KPN / JPN
    2. Bagi yang bekerja, sila uruskan pelepasan anda dengan majikan anda.
  4. Boleh menghadiri ke taklimat / mesyuarat / workshop penyediaan sebelum jambori, sama-ada dipanggil oleh PPM / PPMNPP.
  5. Sanggup menjalani kehidupan jenis perkhemahan (menginap dalam Khemah) sepanjang tempoh Jambori
  6. Mengisi Borang Permohonan Penyertaan dan Borang Atas Talian, rujuk https://penangscout.org/25wsj
  7. Mendapat pengesahan Pesuruhjaya Daerah, Sokongan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan kelulusan NSO (National Scouting Organization – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM))

Kriteria Katergori

  1. Kategori Peserta (Pengakap Muda / Remaja) - (Berumur melebihi14 Tahun dan di bawah 18 Tahun semasa tahun 2023)
    1. Umur kelahiran di antara 22 Julai 2005 (had umur atas) hingga 31 Julai 2009 (had umur bawah)
      1. Untuk yang masih dalam Pengakap Kanak-kanak semasa pendaftaran, anda perlu mengisi semula borang dan dapatkan kebenaran Pemimpin selepas menaik ke Kumpulan Pengakap di Sekolah Menengah.
      2. Perkara i dibatal jika penyetaan melalui kumpulan terbuka (Open Troop).
    2. Mendapat kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga, dan Pemimpin Kumpulan
    3. Sudi dan bersedia bergaul dengan lain-lain Pengakap.
  2. Kategori IST(Dewasa) - (Berumur 18 ke atas semasa tahun 2023)
    1. Umur kini kelahiran 23 Julai 2005 dan ke atas. 
    2. Sudi memberikan perkhidmatan sukarela sebagai staf Jambori di bidang perkhidmatan pilihan.
    3. Dapat tiba di Tapak Jambori awal dan bertolak pulang lewat daripada tempoh Jambori (Tertakhluk kepada Jadual IST yang akan umumkan kelak)
  3. Kategori Pemimpin (Dewasa) - (Berumur 18 ke atas semasa tahun 2023)
    1. Kini sedang berkhidmat sebagai Penolong Pemimpin / Pemimpin Kumpulan Pengakap
    2. Mempunyai ahli dari kumpulan yang menyertai
    3. Sudi menguruskan dan menyediakan logistik untuk ahli-ahli sendiri sebelum, semasa dan selepas Jambori.
  4. Kategori CMT (Dewasa) - (Berumur 18 ke atas semasa tahun 2023)
    1. Kini sedang berkhidmat sebagai Penolong Pemimpin / Pemimpin Kumpulan Pengakap / Pesuruhjaya
    2. Sudi membantu Contingent Management Team (CMT) PPM atas kapasiti dan kepakaran peribadi, untuk urus tadbir hal berkenaan penyediaan sebelum, semasa dan selepas Jambori untuk Kontinjen Malaysia.
  5. Kategori Pelawat
    1. Mendapatkan persetujuan PPM, dan menguruskan tiket lawatan harian anda, dan perjalanan atas urusan sendiri, tidak kena-mengena dengan kontinjen.
    2. Pelawat hanya boleh melawat ke tempat umum Jambori, tidak boleh berada di kawasan Kem selepas waktu lawatan.

  

Jadual Masa penting jikalau anda ingin menyertai dalam Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 (Inisiatif untuk Ahli PPMNPP)

1 Disember 2020 Pelancaran Laman Maklumat Awal WSJ - Inisiatif PPMNPP
Julai 2021 Pengumuman Pembukaan Pendaftaran WSJ (Rasmi oleh PPM)
16September 2021 (Tentatif) Klinik Dalam Talian Ke WSJ, Anjuran PPMNPP
1 September 2021 Pembukaan Sekolah Tahun 2021 (Guru maklum kepada Pelajar)
15 September 2021 Penutupan Pendaftaran ke WSJ (Peringkat PPMNPP)
30 September 2021 Borang Sampai Ibu Pejabat PPM dan Penutupan Penuh
Oktober - November 2021 Sesi Temuduga ke World Scout Jamboree
December 2021 Pengesahan peserta dan pendaftaran kontinjen dengan pihak penganjur

 * Tertakhluk Kepada Perubahan dan Pengumuman Mukhtamad PPM Ibu Pejabat.

 

Anggaran Yuran dan Pebelanjaan

No Perkara Jumlah (RM)
1 Penerbangan 2 Hala 3,000 hingga 3,500
2 Yuran (USD500) 2,000 hingga 2,500
3 Kit Kontinjen (Lencana, Bag, Logistik, dll) 300 hingga 500
4 Duit Pebelanjaan (Cenderamata dan lain-lain) 500 hingga 1,500
5 Insuran Perlindungan 200 hingga 300
  Jumlah Anggaran 6,000 hingga 8,300

* Jadual tersebut adalah anggaran untuk rujukan sahaja, kos sebenar adalah amat bergantung kepada cara perbelanjaan masing-masing, mungkin berbeza antara setiap perseorangan.
** Yuran Kontinjen akan diumumkan kelak. Untuk rujukan sahaja.

 

Sejarah Jambori Pengakap Sedunia (History of World Scout Jamboree)

Tahun Acara Negara Tuan Rumah
1920 1st Word Scout Jamboree United Kingdom
1924 2nd Word Scout Jamboree Denmark 
1929 3rd Word Scout Jamboree United Kingdom 
1933 4th Word Scout Jamboree Hungary 
1937 5th Word Scout Jamboree Netherlands 
1947 6th Word Scout Jamboree France 
1951 7th Word Scout Jamboree Austria 
1955 8th Word Scout Jamboree Canada
1957 9th Word Scout Jamboree United Kingdom
1959 10th Word Scout Jamboree Philippines
1963 11th Word Scout Jamboree Greece 
1967 12th Word Scout Jamboree United States
1971 13th Word Scout Jamboree Japan
1975 14th Word Scout Jamboree Norway 
1979 (15th Word Scout Jamboree)
CANCELLED
Iran 
1983 15th Word Scout Jamboree Canada 
1987 16th Word Scout Jamboree Australia
1991 17th Word Scout Jamboree South Korea
1995 18th Word Scout Jamboree Netherlands
1998 19th Word Scout Jamboree Chile
2002 20th Word Scout Jamboree Thailand
2007 21st Word Scout Jamboree United Kingdom
2011 22nd Word Scout Jamboree Sweden
2015 23rd Word Scout Jamboree Japan
2019 24th Word Scout Jamboree United States
*Joint Boy Scouts of America, Scouts Canada, and Associacion de Scouts de Mexico
2023 25th Word Scout Jamboree South Korea

 

Road Map Ke 25th World Scout Jamboree (Rekaan dan Insiatif daripada PPMNPP untuk Rujukan Visual)
*TUJUAN RUJUKAN SAHAJA, TERTAKHLUK KEPADA PENGUMUNAN RASMI PPM

 


Rujukan:

  1. http://www.2023wsjkorea.org/
  2. https://www.2019wsj.org/about/2023-world-jamboree/
  3. https://issuu.com/2023wsjkorea/docs/wsj2023updatev03english
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/World_Scout_Jamboree
  5. https://www.facebook.com/2023wsjkorea.org/

Contoh Rujukan "Fund Raising" :

  1. https://penang.chinapress.com.my/20190825/%E4%B8%96%E7%95%8C%E7%AB%A5%E5%86%9B%E5%A4%A7%E9%9C%B2%E8%90%A5-%E6%96%B0%E6%B0%91%E5%9B%BD%E4%B8%AD%E7%AB%A5%E5%86%9B%E6%94%B6%E9%9B%86%E5%90%84%E5%9B%BD%E7%AB%A5%E5%86%9B%E9%A5%B0%E5%93%81%E8%8E%B7/
  2. https://guangming.com.my/%E6%96%B0%E6%B0%91%E7%AB%A5%E8%BB%8D%E5%9C%98%E8%B5%B4%E6%97%A5%E6%8E%88%E6%97%97%E7%A6%AE%EF%BC%8E%E5%8D%97%E5%88%A9%EF%BC%9A%E5%A4%A7%E9%A6%AC%E5%AD%B8%E7%94%9F%E8%82%A9%E8%B2%A0%E5%A4%96%E4%BA%A4
  3. https://guangming.com.my/%E5%A4%A7%E5%B9%B4%E6%96%B0%E6%B0%91%E7%AB%A5%E8%BB%8D%E5%9C%98%E7%9B%BC%E8%B5%B4%E6%97%A5%E6%9C%AC-%E4%B8%AD%E7%A7%8B%E7%BE%A9%E8%B3%A3%E6%9C%88%E9%A4%85%E7%B1%8C10%E8%90%AC

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us