• Home

MAKLUMAN MENGADAKAN UJIAN RAMBU PENGAKAP KANAK - KANAK (ANUGERAH PESURUHJAYA PENGAKAP) MELALUI SEMAKAN BUKU LOG DAN UJIAN ATAS TALIAN

Guru Desar / Pentadbir / Pemimpin Pengakap

Tuan,

MAKLUMAN MENGADAKAN UJIAN RAMBU PENGAKAP KANAK - KANAK (ANUGERAH PESURUHJAYA PENGAKAP) MELALUI SEMAKAN BUKU LOG DAN UJIAN ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan mengadakan program seperti di atas atas ketetapan seperti berikut:

Tarikh : Ujian atas talian 10 -11 Julai 2021 ( 12 tgh hari - 12 tgh hari )
Kaedah : cara semakan buku log bergantung kepada daerah masing-masing mengikut kesesuaian PKP . contoh : google meet/ Zoom / Ujian atas alian dan sebagainya.
Tarikh : 30 Julai 2021 ( Tarikh hantar nama ke peringkat negeri )
Kutipan bayaran rambu : RM 15 (akan di uruskan oleh daerah )

3 . Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak tuan dapat memberikan kebenaran untuk calon rambu sekolah tuan untuk menyertainya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, En. Asyaf Bin Zulkafli di talian 013-3926315. Kerjasama dan sokongan pihak Tuan dalam menyokong program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

 

Siaran Rasmi:

 

Surat Tiada Halangan JPN:

Print

Pertandingan Model Projek Perintis 2021

Salam sejahtera dan Salam Pengakap✋

Jom sertai ⤵️⤵️

Pertandingan Model Projek Perintis, anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang akan bermula pada 3 Julai 2021 hingga 23 Julai 2021.

📢📢📢Mohon kerjasama tuan / puan menguar-uarkan program ini kepada Pengakap Muda & Pengakap Remaja di sekolah menengah daerah masing-masing.

📣 Penyertaan percuma
🎁 Hadiah menarik menanti anda
🏆 Keputusan akan diumum dalam laman FB PPM Negeri Pulau Pinang.

📒Untuk maklumat lanjut & penyertaan, sila ke
https://forms.gle/BKSWtkd2axXUZPM16

⁉️Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi
https://watsap.my/60126851260

Sekian, terima kasih

Print

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA 2021 (SECARA MAYA)

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA 2021 (SECARA MAYA)
 
 
 
Kuiz Pengakap Muda
Tarikh: 26 Jun 2021 (Sabtu)
Masa: 12:00pm
Google links: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScU1qb1Mq3uy5zNKf0Kr3_Mch4oZeb4xH1u0HPWPQiI-GsFLw/viewform

Praktikal Pengakap Muda
Tarikh: 17 Julai 2021 (Sabtu)
Masa: 12:00pm
Goole link: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfi0Bliu3bEDNA7yowucKx4Ura8AtXlBG1g37_fqZLwX11SfQ/viewform
 
Sidang Kursus Ketua Patrol dan Skim Latihan Pengakap Muda
 
Setiap kursus akan menyediakan Sijil Penyertaan kepada peserta yang berjaya. Pengakap muda yang berjaya menyertai Kuiz Pengakap Muda dan menyelesaikan tugasan Praktikal akan mendapat SIJIL PENYERTAAN KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA 2021
 
Surat Tiada Halangan JPN:

Print

MAKLUMAN JEMPUTAN TERBUKA DAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN PENYERTAAN KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT JAMBOREE) KE-25, TAHUN 2023 DI SAEMANGEUM, KOREA SELATAN

Kepada,

Guru Besar Sekolah Rendah
Pengetua Sekolah Menengah
U/P: Pemimpin Pengakap

Pemimpin Kumpulan Terbuka
Pemimpin Krew Pengakap Kelana

Tuan,

MAKLUMAN JEMPUTAN TERBUKA DAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN PENYERTAAN KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT JAMBOREE) KE-25, TAHUN 2023 DI SAEMANGEUM, KOREA SELATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah memulakan jemputan terbuka untuk pendaftaran penyertaan ke Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 yang bakal diadakan di Saemangeum, Korea Selatan, dijadualkan dari 1hb hingga 12hb Ogos 2023.
  2. Sehubungan itu, dibekalkan dokumen maklumat lanjutan, dan borang penyertaan untuk rujukan tuan dan memanjangkan kepada ahli-ahli pengakap dan pemimpin yang layak dan memenuhi kriteria di sekolah Tuan. Pihak tuan juga boleh merujuk laman sesawang khas https://penangscout.org/25wsj untuk info butiran.
  3. Maklumat tambahan, pihak PPMNPP akan bersepadukan penerimaan pendaftaran dengan e-sistem, semua pendaftaran perlu dilakukan dan direkodkan di laman sesawang khas seperti di atas.
  4. Segala kos untuk menyertai Jambori tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri. Jadual Pembayaran Yuran Jambori boleh rujuk siaran rasmi PPM dan Pek Maklumat yang dilampirkan.
  5. Maklumat peribadi hendaklah dimasukkan ke ke e-sistem permohonan PPMNPP (di https://penangscout.org/25wsj/daftar) untuk pengumpulan berpusat pada atau sebelum 15 September 2021, seterusnya borang yang disahkan akan dikembalikan dan peserta perlu mendaftarkan diri kepada sistem PPM menerusi maklumat dalam Pek Maklumat. Borang Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. (sila rujuk carta aliran yang dilampirkan)
  6. Untuk makluman, segala permohonan penyertaan hendaklah memastikan peserta tersebut berdaftar dan mempunyai kad keahlian yang sah pada tahun semasa. Bagi pelajar yang masih belajar atau guru bertugas, senarai perlu dikemukakan pada tahun semasa untuk urusan dengan pihak JPN.
  7. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

 

Print

More Articles ...

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us