• Home
  • Informasi
  • Aktiviti Terkini
  • MAKLUMAN JEMPUTAN TERBUKA DAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN PENYERTAAN KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT JAMBOREE) KE-25, TAHUN 2023 DI SAEMANGEUM, KOREA SELATAN

MAKLUMAN JEMPUTAN TERBUKA DAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN PENYERTAAN KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT JAMBOREE) KE-25, TAHUN 2023 DI SAEMANGEUM, KOREA SELATAN

Kepada,

Guru Besar Sekolah Rendah
Pengetua Sekolah Menengah
U/P: Pemimpin Pengakap

Pemimpin Kumpulan Terbuka
Pemimpin Krew Pengakap Kelana

Tuan,

MAKLUMAN JEMPUTAN TERBUKA DAN PEMBUKAAN PENDAFTARAN PENYERTAAN KE JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA (WORLD SCOUT JAMBOREE) KE-25, TAHUN 2023 DI SAEMANGEUM, KOREA SELATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah memulakan jemputan terbuka untuk pendaftaran penyertaan ke Jambori Pengakap Sedunia Ke-25 yang bakal diadakan di Saemangeum, Korea Selatan, dijadualkan dari 1hb hingga 12hb Ogos 2023.
  2. Sehubungan itu, dibekalkan dokumen maklumat lanjutan, dan borang penyertaan untuk rujukan tuan dan memanjangkan kepada ahli-ahli pengakap dan pemimpin yang layak dan memenuhi kriteria di sekolah Tuan. Pihak tuan juga boleh merujuk laman sesawang khas https://penangscout.org/25wsj untuk info butiran.
  3. Maklumat tambahan, pihak PPMNPP akan bersepadukan penerimaan pendaftaran dengan e-sistem, semua pendaftaran perlu dilakukan dan direkodkan di laman sesawang khas seperti di atas.
  4. Segala kos untuk menyertai Jambori tersebut adalah di bawah tanggungan sendiri. Jadual Pembayaran Yuran Jambori boleh rujuk siaran rasmi PPM dan Pek Maklumat yang dilampirkan.
  5. Maklumat peribadi hendaklah dimasukkan ke ke e-sistem permohonan PPMNPP (di https://penangscout.org/25wsj/daftar) untuk pengumpulan berpusat pada atau sebelum 15 September 2021, seterusnya borang yang disahkan akan dikembalikan dan peserta perlu mendaftarkan diri kepada sistem PPM menerusi maklumat dalam Pek Maklumat. Borang Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. (sila rujuk carta aliran yang dilampirkan)
  6. Untuk makluman, segala permohonan penyertaan hendaklah memastikan peserta tersebut berdaftar dan mempunyai kad keahlian yang sah pada tahun semasa. Bagi pelajar yang masih belajar atau guru bertugas, senarai perlu dikemukakan pada tahun semasa untuk urusan dengan pihak JPN.
  7. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

 

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us