Rekod Kumpulan & Statistik Pendaftaran Pengakap
Rekod Kumpulan & Statistik Pendaftaran Pengakap
Rekod Kumpulan & Statistik Pendaftaran Pengakap
Senarai Nama Penerima APR Scout Executives Medallion
(Rekod Dari Tahun 2015 - Sekarang)
No (Tahun) | Nama | No. Siri |
1 (2015) | ONG SHY HANN | 474 |
2 (2015) | TAN SOW SUNG | 477 |
Senarai Nama Penerima Medallion BMC PPM
(Rekod Dari Tahun 2013 - Sekarang)
No (Tahun) | Nama | No. Siri |
Gold | ||
1 (2013) | HAJI ZULKAFLI BIN KAMARUDDIN | BMCM 047 |
2 (2013) | HENG SOO PENG | BMCM 049 |
3 (2013) | CHEW CHING YEE | BMCM 051 |
4 (2013) | WONG KOK NIAN | BMCM 052 |
5 (2013) | TEOH KHENG LIN | BMCM 053 |
6 (2013) | NG CHENG WEI | BMCM 054 |
7 (2013) | ONG KAI XUAN | BMCM 055 |
8 (2013) | TAN SOW SUNG | BMCM 060 |
9 (2013) | ONG SHY HANN | BMCM 070 |
10 (2013) | TAN PENG CHONG | BMCM 090 |
Silver | ||
1 (2014) | HENH ZIN MOON | BMCM-S 029 |
2 (2014) | LEE HOOI HOOI | BMCM-S 031 |
ANUGERAH PERKHIDMATAN PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG
(Dizahirkan pada 1 Ogos 2018)
BINTANG BAKTI SETIA MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Selempang)
Bintang Bakti Setia Mutiara merupakan anugerah tertinggi dalam susunan Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang. Bintang ini dianugerahkan kepada tokoh-tokoh yang terbilang sahaja. Anugerah yang dihadkan bilangan penerima kepada tiga (3) orang penerima sahaja setiap tahun ini menjadikannya amat eksklusif.
Tokoh-tokoh yang paling layak menerima bintang ini ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Ketua-ketua Menteri, Y.A.B. Menteri-menteri Besar, Y.B. Menteri-menteri Kabinet, Y.B. Ahli-ahli Parlimen atau Y.B. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Bintang ini juga boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin pengakap di peringkat kebangsaan, negeri atau orang perseorangan sama ada dari dalam atau luar negara yang telah memberi khidmat jasa yang amat unggul dan penuh wibawa kepada pergerakan pengakap di Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara adalah atas status Kehormat.
Bintang Bakti Setia Mutiara terdiri daripada tiga lapisan bintang berbucu tujuh. Lapisan pertama mengandungi bintang berlogo Pengakap ditengahnya dengan dikelilingi tujuh logo Pengakap yang melambangkan tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang serta enamel biru beralunan ombak laut melambangkan laut yang mengelilingi Pulau Pinang. Lapisan ini berukuran diameter 60.00 mm dan disaluti emas. Lapisan kedua mengandungi bintang berukuran diameter 69.85 mm dan disaluti perak. Lapisan ketiga mengandungi bintang berukuran diameter 82.25 mm dan disaluti emas. Bintang Bakti Setia Mutiara dilengkapi dengan kain selempang dengan lebar 101.60 mm.
BINTANG KEBAKTIAN MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)
Bintang Kebaktian Mutiara adalah anugerah kedua tinggi dalam susunan Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang. Bintang ini dianugerahkan kepada tokoh-tokoh yang telah memberikan perkhidmatan yang amat gemilang terhadap kemajuan pergerakan pengakap dalam negeri. Bilangan penerima bintang ini dihadkan kepada lima (5) orang penerima sahaja setahun.
Tokoh-tokoh yang paling layak menerima bintang ini ialah Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Ketua-ketua Menteri, Y.A.B. Menteri-menteri Besar, Y.B. Menteri-menteri Kabinet, Y.B. Ahli-ahli Parlimen atau Y.B. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Bintang ini juga boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin pengakap di peringkat kebangsaan, negeri atau orang perseorangan yang telah terbukti khidmat bakti mereka yang gemilang dalam memajukan pergerakan pengakap di Negeri Pulau Pinang.
Bintang Kebaktian Mutiara terdiri daripada dua lapisan bintang berbucu tujuh. Lapisan pertama mengandungi bintang berlogo Pengakap ditengahnya dengan dikelilingi tujuh logo Pengakap yang melambangkan tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang dengan ukuran diameter 60.00 mm. Lapisan kedua mengandungi bintang berukuran diameter 69.85 mm. Bintang Kebaktian Mutiara disaluti emas, perak dan enamel putih dilengkapi pita kalung dengan lebar 38.00 mm.
BINTANG KESETIAAN MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)
Bintang Kesetiaan Mutiara adalah anugerah ketiga tinggi dalam susunan Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah menyumbang kepada keunggulan, kemajuan dan kejayaan pergerakan pengakap dalam negeri. Bilangan penerima bintang ini dihadkan kepada lima (5) orang penerima sahaja setahun.
Tokoh-tokoh yang paling layak menerima bintang ini ialah Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Ketua-ketua Menteri, Y.A.B. Menteri-menteri Besar, Y.B. Menteri-menteri Kabinet, Y.B. Ahli-ahli Parlimen atau Y.B. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Pemimpin-pemimpin badan berkanun atau swasta yang terbukti gemilang perkhidmatan mereka juga boleh dianugerahkan bintang ini.
Bintang ini juga boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin pengakap di peringkat kebangsaan, negeri atau orang perseorangan sama ada dari dalam atau luar negara yang telah terbukti kegemilangan bakti mereka dalam memajukan pergerakan pengakap di Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara adalah atas status Kehormat.
Bintang Kesetiaan Mutiara terdiri daripada dua lapisan bintang berbucu tujuh. Lapisan pertama mengandungi bintang berlogo Pengakap ditengahnya dengan dikelilingi tujuh logo Pengakap yang melambangkan tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang dengan ukuran diameter 60.00 mm. Lapisan kedua mengandungi bintang berukuran diameter 69.85 mm. Bintang Kesetiaan Mutiara disaluti perak dan enamel kuning dilengkapi pita kalung dengan lebar 38.00 mm.
PINGAT GEMILANG MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat)
Pingat Gemilang Mutiara dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa, bakti dan khidmat gemilang di peringkat negeri, daerah atau kumpulan di bawah PPM Negeri Pulau Pinang dengan tempoh perkhidmatan yang tidak kurang daripada 15 tahun di Negeri Pulau Pinang. Bilangan penerima pingat ini dihadkan kepada lapan (8) orang penerima sahaja setahun.
Pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada individu seperti pegawai tinggi sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang telah banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan program kepengakapan di Negeri Pulau Pinang.
Reka bentuk Pingat Gemilang Mutiara mengandungi bintang tujuh bucu berukuran diameter 50.80 mm dengan logo Pengakap ditengahnya dan dikelilingi tujuh lambang Pengakap yang mewakili tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang. Pingat ini disaluti emas dan enamel biru dilengkapi pita dada dengan lebar 34.00 mm.
PINGAT CEMERLANG MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat)
Pingat Cemerlang Mutiara dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa, bakti dan khidmat gemilang di peringkat negeri, daerah atau kumpulan di bawah PPM Negeri Pulau Pinang dengan tempoh perkhidmatan yang tidak kurang daripada 10 tahun di Negeri Pulau Pinang. Bilangan penerima pingat ini dihadkan kepada sepuluh (10) orang penerima sahaja setahun.
Pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada individu seperti pegawai sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang telah banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan program kepengakapan di Negeri Pulau Pinang.
Reka bentuk Pingat Cemerlang Mutiara mengandungi bintang tujuh bucu berukuran diameter 50.80 mm dengan logo Pengakap ditengahnya dan dikelilingi tujuh lambang Pengakap yang mewakili tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang. Pingat ini disaluti emas dan enamel putih dilengkapi pita dada dengan lebar 34.00 mm.
PINGAT KEPUJIAN MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Pingat)
Pingat Kepujian Mutiara dianugerahkan kepada tokoh-tokoh dan individu-individu serta pemimpin-pemimpin bertauliah di bawah PPM Negeri Pulau Pinang dengan tempoh perkhidmatan yang tidak kurang daripada 5 tahun di Negeri Pulau Pinang. Bilangan penerima pingat ini dihadkan kepada lima belas (15) orang penerima sahaja setahun.
Pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin pengakap atau orang perseorangan dari luar negara yang telah banyak menabur jasa bakti yang terpuji terhadap kemajuan pergerakan pengakap di Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan kepada penerima dari luar negara adalah atas status Kehormat.
Reka bentuk Pingat Kepujian Mutiara mengandungi bintang tujuh bucu berukuran diameter 50.80 mm dengan logo Pengakap ditengahnya dan dikelilingi tujuh lambang Pengakap yang mewakili tujuh Daerah Pengakap di Negeri Pulau Pinang. Pingat ini disaluti perak dan enamel kuning dilengkapi pita dada dengan lebar 34.00 mm.
ANUGERAH KHIDMAT MULIA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)
Anugerah Khidmat Mulia dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat bakti yang terpuji serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik kepada PPM Negeri Pulau Pinang.
Anugerah Khidmat Mulia terdiri daripada pita dada dengan lebar 34.00 mm.
ANUGERAH KHIDMAT SETIA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)
Anugerah Khidmat Setia dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat setia yang terpuji kepada PPM Negeri Pulau Pinang.
Anugerah Khidmat Setia terdiri daripada pita dada dengan lebar 34.00 mm.
ANUGERAH KHAS KHIDMAT MULIA MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)
Anugerah Khas Khidmat Mulia Mutiara dianugerahkan khas kepada mereka yang telah berusaha menjayakan penzahiran Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang.
Seramai 4 individu telah dianugerahkan anugerah ini.
ANUGERAH KHAS KHIDMAT SETIA MUTIARA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)
Anugerah Khas Khidmat Setia Mutiara dianugerahkan khas kepada petugas-petugas yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang dalam menjayakan Majlis Penzahiran Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang pada 1 Ogos 2018.
Seramai 82 orang petugas telah dianugerahkan anugerah ini.
Senarai Nama Penerima Pingat dan Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 2016
BINTANG SEMANGAT RIMBA EMAS |
HAJI ZULKAFLI B. KAMARUDDIN |
BINTANG SEMANGAT RIMBA PERAK |
YB. DATO’ MAHMUD B. ZAKARIA |
HAJI SAPKE @ YUSOF B. SALLEH |
PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG |
ENCIK BEH HONG THIEW |
ENCIK HENG SOO PENG |
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG |
YB. DATUK SHAH HEADAN B. AYOOB HUSSAIN |
YB. ENCIK MUHAMAD FARID B. SAAD |
INSP. MOHAMAD AZIZI B. MD DALIS |
ENCIK TAN SOW SUNG |
ENCIK MOHD ZUBER B. ALI |
ENCIK ROZHAN B. HAJI YAHAYA |
ENCIK CHEW CHING YEE |
ENCIK HAZLISHAM B. HANAFIAH |
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA |
ENCIK CHAN HONG WAI |
HAJI MOHAMMAD SABHI B. OTHMAN |
PUAN NOORHANISAH BT. ABDUL KADIR |
ENCIK DAVID KHOO CHON-YI |
ENCIK ABDUL MUTALIP BIN MD. NOR |
PINGAT PERKHIDMATAN SETIA |
ENCIK RAMLI B. OTHMAN |
ENCIK ABDUL RASHID B. SHAMSUDIN |
ENCIK MOHAMAD NOR SUHAILI B. JAMALI |
ENCIK NAZARUDDIN B. SHAARI |
ENCIK HENH ZIN MOON |
ENCIK OOI SOO GHEE |
PUAN ONG SHY HANN |
PINGAT PERKHIDMATAN BAIK |
ENCIK OOI YUEN WEI |
ENCIK LAU TIK KON |
ENCIK TAN YEONG SHING |
ENCIK NG CHOOI YAO |
ENCIK ASRI B. MAMAT |
PUAN NORHANANI BT. ABD. RAHMAN |
ENCIK YONG CHOON HAU |
SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA |
ENCIK TAN SIA CHIAN |
ENCIK CHIAM CHING MING |
ENCIK LEE ZI KANG |
CIK OOI PEI WEN |
CIK OOI PEI RAN |
ENCIK TAN JING KAI |
ENCIK TAN KEAN YAW |
ENCIK SEE KEAN SENG |
ENCIK LIM BO YANG |
ENCIK NG JIAN CHAO |
CIK TAN SEE TING |
CIK TE SHU TENG |
PUAN MAZIAH BT. HUSSAIN |
CIK PUTERI INAYAT BT. MOHD YUSOFF |
ENCIK MOHD HAFIZ B. MOHD YUSOF |
ENCIK MOHD KHAIRULZAWAN B. MD SUKRI |
ENCIK ANG CHOW SHENG |
PUAN SHARAZERA BT. ABDUL RAHIM |
PUAN YIJAYALAKSHMI A/P THINAGARAN |
PUAN NOR ADILAH BT. MOHAMED ZAINI |
PUAN SOLIHAH BT. MOHD SAAD |
ENCIK ROSHASNIZUL KHAIRUL B. MOHAMAD |
ENCIK THAYALAN A/L TANDATHABANI |
ENCIK KUANG ENG GUAN |
ENCIK MOHD HAFIFE B. ABDUL HALIM |
ENCIK MOHD ASRI B. ABDULHATAM |
PUAN HAMIDAH BT. SAAD |
PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN |
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) |
ENCIK OOI JIN FU |
ENCIK NG WAI JIAN |
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) |
ENCIK SHAMIL NOR IDRAKE B. SAMSURI |
ENCIK MUHAMAD NURIMAN IKMAL B. ABU BAKAR |
CIK ALIMATUN SAADIAH BT. SHAFIE |
ENCIK AMIR MUHAIMIN B. ABD MALEK |
Anugerah Pengakap Raja merupakan anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Sijil Pengakap Raja telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan serta Raja-Raja di Malaysia.
Dianugerahkan kepada ahli Pengakap yang mendapat pencapaian yang paling tertinggi dalam berpengakapan sebelum umur dewasa (sebelum 18 tahun).
(Rekod Dari Tahun 2005 - Sekarang)
100 (Anggaran)
100 (Anggaran)
1957-1959 | 53 |
1960-1961 | 37 |
1962 | 30 |
1963 | 71 |
1964 | 30 |
1965 | 30 |
1966 | 28 |
1967 | 28 |
1968 | 21 |
1969 | 21 |
1970 | 10 |
1971 | 20 |
1972 | 9 |
1973 | 21 |
1974 | 7 |
1976 | 14 |
1977 | 17 |
1978 | 26 |
1980 | 11 |
1983 | 7 |
1986 | 20 |
1987 | 7 |
1988 | 17 |
1990 | 26 |
1991 | 51 |
1992 | 17 |
1993 | 20 |
1994 | 47 |
1995 | 78 |
1996 | 30 |
1997 | 38 |
1998 | 41 |
1999 | 22 |
2000 | 19 |
2001 | 12 |
2002 | 23 |
2003 | 9 |
Sesiapa yang mempunyai info dan senarai nama, sila email kepada wongkn(a)penangscout.org