Prosedur Tetap Majlis Anugerah
PROSEDUR TETAP
ISTIADAT PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG DAN SIJIL PENGAKAP RAJA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
1. PENDAHULUAN
- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP) ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan yang dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang.
- Untuk mengelakkan dari sebarang kesulitan, tuan dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jawatankuasa majlis bertanggungjawab atas kelancaran perjalanan majlis penganugerahan.
(Jawatankuasa majlis berhak tidak membenarkan penerima atau tetamu memasuki dewan istiadat sekiranya peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi.) - Peraturan-peraturan yang lain akan ditetapkan pada hari Majlis Penganugerahan mengikut tetapan protokol TYT.
2. TARIKH ISTIADAT
Istiadat Penganugerahan akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 5hb Jun 2022 (Ahad)
Masa : Mulai 1:00 petang – 6:00 petang
(Raptai dan Majlis Penganugerahan)
Tempat : The Top Convention Hall, L4 KOMTAR, Georgetown
3. RAPTAI
- Bagi melancarkan perjalanan majlis, raptai akan diadakan sebelum majlis. Makan tengah hari adalah tanggungan tuan sendiri manakala jamuan ringan akan disediakan selepas selesainya majlis.
- Penerima adalah WAJIB hadir ke raptai bagi memastikan kelancaran istiadat penganugerahan.
(Penerima yang TIDAK menghadiri RAPTAI,namanya TIDAK akan dipanggil untuk menerima Bintang dan Pingat pada Majlis Istiadat tersebut.)
4. TETAMU
- Penerima Bintang, Pingat dan Sijil Kepujian perlu membayar jika ingin membawa tetamu jemputan dan dihadkan seorang sahaja.
- Caj bayaran untuk seorang tetamu ialah RM50 seorang.
- Penerima Sijil Pengakap Raja sahaja dibenarkan membawa 2 orang tetamu tanpa caj.
5. SAHSIAH DIRI PENERIMA-PENERIMA BINTANG DAN PINGAT
- Lelaki: Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak diwarnakan, tidak menutup telinga, tidak melepasi kening dan kolar baju. Pemakaian subang/rantai/anting-anting tidak dibenarkan sama sekali.
- Wanita: Berketrampilan kemas, rambut tidak diwarnakan (yang bukan muslim) dan memakai tudung (yang muslim). Solekan hendaklah tidak keterlaluan.
6. PAKAIAN SEMASA ISTIADAT
Peraturan pakaian ini adalah terpakai kepada semua penerima dan tetamu penerima, atau wakil Penerima Sijil Pengakap Raja.
LELAKI :
- Bush Jacket Pengakap Lengan Panjang, ATAU
- Uniform Pengakap yang lengkap dari topi sehingga kasut mengikut peraturan pemakaian seragam Persekutuan Pengakap Malaysia, Atau
- Pakaian Kebangsaan (Baju Melayu) berwarna gelap serta bersampin, ATAU Kot hitam dan bertali leher. Butang baju hendaklah dikenakan, DAN Bersepatu kulit hitam dan berstoking hitam.
WANITA :
- Bush Jacket Pengakap Lengan Panjang, ATAU
- Uniform Pengakap yang lengkap dari topi sehingga kasut mengikut peraturan pemakaian seragam Persekutuan Pengakap Malaysia, Atau
- Baju kurung / kebaya labuh berwarna gelap, DAN
- Kasut berwarna hitam dan tidak menampakkan jari kaki.
(Pihak Jawatankuasa Majlis mempunyai kuasa untuk melarang penerima- penerima menyertai Majlis Istiadat, sekiranya tidak mematuhi peraturan pakaian dan sahsiah diri yang telah ditetapkan.
Peratuan Pakaian Penerima Pengakap Raja.
- Pakaian Seragam Pengakap Remaja dengan Selempang Lencana-lencana terdahulu, dan Lencana Pengakap Raja di Lengan Kiri, dan Rambu Pengakap Raja di sebelah Kanan.
- Lelaki - Lengang Pendek
- Wanita - Lengan Panjang, Tudung Kelabu Asap (Untuk Muslim)
- Kasut Berkulit
- Topi Forage Cap
- Tali Pinggang Berkepala Gangsa (Lelaki)
7. TATATERTIB
- Semua penerima dan tetamu hendaklah menjaga suasana istiadat / etika semasa majlis.
- Dilarang sama sekali bercakap ataupun membuat bising di dalam dewan istiadat.
- Telefon bimbit yang dibawa masuk ke dewan istiadat hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam mood senyap (silent).
- Merokok adalah dilarang sepanjang majlis.
- Penerima-penerima khasnya yang duduk di barisan-barisan hadapan diminta jangan menyilangkan kaki.
8. JAMUAN
Jamuan ringan akan diadakan selepas Istiadat Penganugerahan. Penerima dan tetamu adalah dijemput ke jamuan tersebut.
9. PERKHIDMATAN JURUGAMBAR BERBAYAR
Pihak majlis akan menyediakan perkhidmatan jurugambar professional untuk majlis ini. Oleh itu, penggunaan kamera atau perakam video persendirian adalah tidak dibenarkan sepanjang majlis berlangsung. Maklumat berkenaan perkhidmatan jurugambar akan diedarkan semasa pendaftaran.
Garis Panduan Kawalan Kehadiran Ke Majlis (Majlis Keselamatan Negara, 1 April 2022)
Hadirin perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikut:
- Penerima dan tetamu jemputan perlu menerima vaksinasi sekurang-kurangnya 2 dos sebelum menghadiri majlis. Tidak dibenarkan hadir jika tidak menerima vaksinasi.
- Penerima dan tetamu jemputan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR di laluan masuk dan hanya individu dengan status MySejahtera ‘Risiko Rendah’ sahaja dibenarkan masuk.
- Individu bergejala atau positif COVID-19 atau di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) tidak dibenarkan hadir.
- Memakai pelitup muka sepanjang masa majlis dijalankan.
- Sentiasa mematuhi penjarakan fizikal dan elakkan kontak fizikal seperti berjabat tangan.